Mahkamah Persekutuan, Putrajaya
Zabariah Mohd Yusof, Abu Bakar Jais, Abdul Karim Abdul Jalil HHMP
[Rayuan Jenayah Nos: 05(M)-5-01-2023)(C), 05(M)-6-01-2023(C), 05(M)-7-01- 2023(C), 05(M)-8-01-2023(C) & 05(M)-9-01-2023(C)]
3 Oktober 2024
Undang-Undang Jenayah: Kanun Keseksaan — Seksyen-seksyen 302, 34 — Membunuh dengan niat bersama — Rayuan-rayuan terhadap sabitan dan hukuman mati — Saksi-saksi pendakwaan — Kawad cam — Pembelaan perayu-perayu bahawa orang lain telah membunuh si mati — Kegagalan Mahkamah bawahan untuk membincangkan s 299 dan s 300 Kanun Keseksaan — Sama ada elemen niat bersama dibuktikan — Notis alibi — Sama ada sabitan selamat dikekalkan — Sama ada hukuman harus dikurangkan
Kesemua perayu/tertuduh untuk kes ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi ("MT") dengan tuduhan pindaan di bawah s 302 Kanun Keseksaan ("KK") dibaca bersama s 34 KK kerana melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Pachaippan @ Arasu Arimuthu ("si mati"). MT di akhir perbicaraan telah mensabitkan kelima-lima perayu atas kesalahan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua perayu. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Rayuan ("MR") dan MR menolak rayuan tersebut dan mengekalkan sabitan dan hukuman MT. Oleh itu, rayuan-rayuan ini telah difailkan oleh perayu-perayu terhadap keputusan MR. Isu-isu yang dibangkitkan, antara lain, adalah: (i) tiga saksi pihak pendakwaan, iaitu SP18, SP19 dan SP21, telah memberikan keterangan yang bercanggah kerana ketiga-tiga mereka dikatakan memberi keterangan yang berbeza berkenaan dengan siapakah antara kelimalima tertuduh yang menetak si mati sehingga menyebabkan kematiannya. Juga dikatakan semasa diadakan Kawad Cam, saksi-saksi ini tidak dapat mengenali tertuduh yang menetak dan mencederakan si mati dan tiadanya Laporan Kawad Cam yang telah disediakan; (ii) kegagalan untuk menimbangkan pembelaan bahawa orang lain dan bukannya semua tertuduh telah mendatangkan kecederaan dan menetak si mati dalam kes ini. Orang yang melakukan pembunuhan ini dikatakan ialah seorang yang memakai baju biru berpetak-petak dan yang telah meletak sebuah motosikal di atas badan si mati. Dikatakan ada rakaman video oleh SP18 untuk menyokong pembelaan bahawa orang yang memakai baju biru berpetak-petak tersebut yang telah menetak si mati. Berkenaan isu rakaman video ini, telah dihujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila tidak menerima rakaman video yang diambil oleh SP18 tersebut, kerana rakaman video ini tidak dihantar ke Jabatan Forensik oleh Pegawai Penyiasat kes ini untuk kajian; (iii) kegagalan Mahkamah bawahan untuk membincangkan s 299 dan s 300 KK dan telah bergantung pada keterangan yang lemah mengenai kejadian yang telah berlaku; (iv) alasan penghakiman MR tidak menyentuh s 34 KK berkenaan niat bersama dan peranan perayu kelima berkenaan niat bersama ini; dan (v) kegagalan peguam terdahulu untuk memberikan notis alibi di bawah s 402A Kanun Prosedur Jenayah ("KPJ"). Kegagalan ini dikatakan sebagai "flagrant incompetence" yang mengakibatkan salah laksana keadilan.
Diputuskan (menolak rayuan terhadap sabitan; dan membenarkan rayuan terhadap hukuman):
(1) Keterangan ketiga-tiga saksi, iaitu SP18, SP19 dan SP21 adalah mencukupi untuk menunjukkan penglibatan setiap perayu sehingga menyebabkan kematian si mati. Tidak boleh dikatakan terdapat percanggahan antara saksi SP18, SP19 dan SP21 ini mengenai kejadian yang menimpa si mati sehingga menyebabkan kematiannya. Jika terdapat percanggahan keterangan sekalipun, percanggahan tersebut adalah kecil dan tidak menjejaskan keseluruhan kes yang dibawa terhadap semua perayu. Berkaitan perkara ini, terdapat beberapa kes yang telah diputuskan terdahulu untuk menunjukkan prinsip yang harus ditekankan apabila isu seperti ini ditimbulkan dalam perbicaraan. Susulan itu, MT dan MR tidak khilaf sekiranya benar wujud percanggahan keterangan antara SP18, SP19 dan SP21 seperti yang dihujahkan oleh perayu-perayu, kerana percanggahan berkenaan, jika ada sekalipun, tidak menjejaskan dan melemahkan kredibiliti SP18, SP19 dan SP21. (perenggan-perenggan 50-54)
(2) Mengenai isu Kawad Cam pula, isu ini tidak mempunyai asas kerana Kawad Cam di luar Mahkamah sudah tentunya tidak boleh mengatasi pengecaman di dalam Mahkamah. Dalam kes ini, perayu-perayu telah pun dicamkan sebagai mereka yang telah mendatangkan kecederaan terhadap si mati. Pengecaman di dalam Mahkamah telah dibuat secara positif oleh saksi-saksi pendakwaan, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya. Berkenaan isu ini, Mahkamah bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam Mahkamah. (perenggan-perenggan 55-57)
(3) Mengenai isu niat bersama dan s 34 KK yang dihujahkan oleh perayu-perayu tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan, hujahan ini tidak boleh diterima. Ini adalah kerana seperti yang telah ditunjukkan tentang dapatan MT mengenai kes pendakwaan, keterangan saksi-saksi telah diteliti untuk menunjukkan terdapatnya niat bersama ini. Terdapat keterangan yang menunjukkan penglibatan (participation) tiap-tiap perayu dalam melakukan kecederaan atas si mati. Sehubungan dengan ini, MT telah meneliti keterangan yang ada dan fakta kes ini juga bersesuaian dengan apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases. (perenggan-perenggan 68-69)
(4) Hujah perayu-perayu bahawa orang yang telah menetak si mati ialah orang yang memakai baju berpetak-petak dan bukannya semua perayu, tidak dapat diterima. MT telah dengan betulnya menolak keterangan dua saksi pembelaan berkenaan perkara ini dan telah memberikan sebab yang kuat mengapa keterangan ini tidak boleh diterima. Mahkamah ini juga tidak bersetuju berkenaan isu seterusnya iaitu MT telah dengan salahnya menolak rakaman video yang dikatakan dirakam oleh SP18 sewaktu kejadian berlaku yang menunjukkan orang yang memakai baju berpetak-petak tersebut. MT telah dengan betulnya menolak penggunaan rakaman video tersebut sebagai ekshibit memandangkan rakaman tersebut tidak dihantar untuk analisis forensik untuk menentusahkan keaslian dan ketulenannya. Alasan yang diberikan oleh MT berkenaan penolakan tersebut tidak boleh dikatakan tersasar atau salah. Di samping itu, keterangan SP18, SP19 dan SP21 adalah mencukupi untuk menunjukkan semua perayu ialah orang yang terlibat mencederakan si mati sehingga membawa kepada kematian, dan bukannya orang yang memakai baju berpetak-petak berkenaan. Mereka tidak pernah menyatakan orang yang memakai baju berpetak-petak tersebut ialah orang yang telah menetak si mati. (perenggan-perenggan 72-74)
(5) Isu yang dibangkitkan berkenaan kegagalan Mahkamah untuk membincangkan s 299 dan s 300 KK dan telah bergantung pada keterangan yang lemah daripada SP2, Pakar Perubatan Forensik yang menjalankan bedah siasat, merupakan hujahan yang tidak bermerit. Ini adalah kerana pertuduhan untuk kesalahan membunuh adalah di bawah s 302 KK dan bukannya di bawah mana-mana peruntukan s 300(a) hingga (d) KK. Fokus seharusnya diletakkan pada s 302 KK. Bagi tujuan membuktikan kesalahan bunuh di bawah s 302 KK, elemen-elemen di bawah s 300 KK dilihat hanya untuk menjelaskan bagaimana elemen mens rea boleh dibuktikan terhadap tertuduh. Walaupun SP2 tidak menyatakan bahawa kesan bencana tubuh (kecederaan) kepada si mati tersebut adalah "mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian", ini adalah tidak "fatal". Ini kerana ayat tersebut tidak semestinya diperlukan dalam semua keadaan. Apa yang diperlukan adalah dengan berpandukan kepada keterangan SP2, terdapatnya keterangan dari sudut perubatan untuk membantu Mahkamah membuat kesimpulan untuk mencapai maksud ungkapan tersebut. (perenggan-perenggan 80-83)
(6) SP2 memberikan keterangan bahawa bencana tubuh tetakan berganda pada kepala si mati adalah konsisten dengan senjata yang tajam dan berat seperti parang, kapak dan lain-lain senjata yang serupa. lni juga adalah konsisten dengan versi saksi pendakwaan yang melihat si mati ditetak bertubi-tubi dengan menggunakan parang. Oleh itu MT tidak khilaf apabila mendapati dan berpuas hati bahawa kesan bencana tubuh kepada si mati tersebut adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian seperti yang dinyatakan di bawah s 300(c) KK. (perenggan-perenggan 94-95)
(7) Mahkamah ini juga tidak dapat menerima hujahan berkenaan isu kegagalan peguam bela terdahulu untuk memberikan Notis Alibi di bawah s 402A KPJ sebagai satu "flagrant incompetence" yang telah mengakibatkan salah laksana keadilan (miscarriage of justice). Ini kerana keterangan yang kukuh telah dibentangkan di Mahkamah mengenai penglibatan kesemua perayu sehingga menyebabkan kematian si mati. Perayu-perayu disabitkan bukan kerana adanya "flagrant imcompetence" tetapi berdasarkan keterangan yang jelas mengenai penglibatan mereka berkaitan pertuduhan bunuh yang didakwa terhadap mereka. Dalam kes ini, perayu-perayu telah dicamkan dengan positif oleh saksi-saksi pendakwaan dan kualiti pengecaman adalah baik. Maka sekiranya adapun pembelaan alibi, ini tidak boleh mengatasi keterangan pengecaman mantap daripada saksi-saksi pendakwaan. (perenggan-perenggan 96-98)
(8) Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan dan mengekalkan sabitan. Mengenai hukuman pula, setelah mendengar hujahan-hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak mengenakan hukuman mati terhadap perayu-perayu dan mengenakan hukuman 30 tahun penjara dan 12 kali sebatan terhadap kesemua perayu (kecuali perayu pertama Saimon Anthony) dari tarikh tangkap. Bagi perayu Saimon Anthony, Mahkamah mengenakan hukuman 30 tahun penjara dari tarikh tangkap tanpa sebatan kerana beliau telah berumur 54 tahun. (perenggan 103)
Kes-kes yang dirujuk:
Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 1 MLRA 377 (dirujuk)
Balasingham v. PP [1959] 1 MLRH 585 (dirujuk)
Cheong Kam Kuen v. PP [2013] 2 MLRA 1 (dirujuk)
Duis Akim & Ors v. PP [2014] 1 MLRA 92 (dirujuk)
Hoo Ah Tee v. PP [2013] 4 MLRA 283 (dirujuk)
Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2010] 3 MLRA 781 (dirujuk)
Mazlan Othman v. PP [2013] 1 MLRA 568 (dirujuk)
Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 MLRA 73 (dirujuk)
Ong Teng For & Anor v. PP [2013] 1 MLRA 635 (dirujuk)
Pendakwa Raya lwn. Nirmala Subramaniam & Yang Lain Dan Kes-Kes Yang Lain [2017] MLRAU 195 (dirujuk)
PP v. Dato Mokhtar Hashim & Ors [1983] 1 MLRH 205 (dirujuk)
PP v. Datuk Haji Harun Bin Haji Idris [1976] 1 MLRH 562 (dirujuk)
Pubalan Peremal v. PP [2020] 5 MLRA 504 (dirujuk)
Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other Appeals [2020] 6 MLRA 1 (dirujuk)
Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 2 MLRA 70 (diikuti)
Perundangan yang dirujuk:
Criminal Procedure Code, s 402A
Penal Code ss 34, 299, 300(a), (b), (c), (d), 302
Kaunsel:
Bagi perayu pertama: Paul Krishna Raja Selladurai (Goh Chee Kian & Amy Chong bersama beliau); Tetuan Paul, Amy Chong & Associates
Bagi perayu kedua: Rajesh Nagarajan (Sachpreetraj Singh Sohanpal & Amanda Sonia Mathew bersama beliau); Tetuan Raj & Sach
Bagi perayu ketiga: Rajpal Singh Mukhtiar Singh (Siti Anis Che Ab Wahab & Azimah Liyana Akhbar Batcha bersama beliau); Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu
Bagi perayu keempat: K Kumaraendran (Teh See Khoon & Yaw Xin Ying bersama beliau); Tetuan Kumar & Co
Bagi responden: Asmah Musa (Roshan Karthi Kayan & Aida Khairuleen Azli bersama beliau); Jabatan Peguam Negara
PENGHAKIMAN
Abu Bakar Jais HMP:
Pengenalan
[1] Kesemua perayu untuk kes di hadapan kami telah dituduh di Mahkamah Tinggi ("MT") dengan tuduhan pindaan di bawah s 302 Kanun Keseksaan [KK] dibaca bersama s 34 KK kerana melakukan kesalahan bunuh. Tuduhan pindaan tersebut adalah seperti yang berikut:
"Bahawa kamu bersama-sama dengan Sivachandran a/l Jayarajah (880513- 06-5597), Thiyagu a/l Balakrishnan (850717-06-5807), Sundramoorthy a/l Sukumare (920819-06-5833) dan Suthakar a/l Sivakumar (940605-06-5801) pada tarikh 22hb November 2014, antara jam 2.30 pagi hingga 3.30 pagi, di kawasan tepi Jalan Bendera 13, Taman Bukit Bendera, 28400 Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Pachaippan @ Arasu a/l Arimuthu (711228-06-5427), dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s 34 Kanun yang sama."
[2] MT di akhir perbicaraan telah mensabitkan kelima-lima perayu atas kesalahan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua perayu. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Rayuan ("MR") dan MR menolak rayuan tersebut dan mengekalkan sabitan dan hukuman MT.
[3] Demi memudahkan pemahaman, perayu-perayu, dalam alasan penghakiman ini, akan dirujuk sepertimana dirujuk oleh MR, iaitu: Saimon a/l Anthony sebagai Perayu Pertama; Suthakar Sivakumar sebagai Perayu Kedua; Sivachandran S Jayarajah sebagai Perayu Ketiga; Thiyagu Balakrishnan sebagai Perayu Keempat dan terakhir, Sundramoorthy Sukumare sebagai Perayu Kelima.
Kes Pendakwaan
[4] Kes pihak pendakwaan seperti yang didapati oleh MT dan dirujuk oleh MR adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
[5] Pada malam kejadian, Gan Irroshini ("SP18") berada di tingkat atas rumah kedai ayahnya, Gan Tiong Hock ("SP20"). Ayahnya itu, SP20 bersama-sama Chong Choen Hau ("SP19"), Alakiri Swamy Nathan ("SP21"), Gan Soo Lee dan mangsa atau si mati, serta sekumpulan remaja iaitu Ranjit, Dharma, Seelan, Kombi dan Kovalan yang merupakan ahli kumpulan "Geng Siva" sedang menikmati barbeku di tingkat bawah rumah tersebut.
[6] Setelah mendengar bunyi bising di tingkat bawah rumah, SP18 telah melihat ke bawah melalui tingkap dan melihat beberapa orang yang dikenalinya sebagai Chinniah dan Siva Polis, serta seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali, telah keluar dari sebuah kereta Proton lswara berwarna merah. SP18 melihat berlakunya pertengkaran mulut antara Chinniah dan Siva Polis di satu pihak, dan SP20, si mati dan Mahendran, di satu pihak yang lain. SP18 kemudian melihat Mahendran menampar lelaki berbangsa India yang tidak dikenali tersebut dan mendengar SP20 mengatakan jangan datang balik. Kemudian, Chinniah, Siva Polis dan seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali tersebut telah beredar dari rumah tersebut.
[7] Tidak lama kemudian, ketiga-tiga mereka telah kembali ke rumah tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang lain, termasuklah yang dikenali sebagai Mohanna (Morgan), Ravi dan Shamugan yang merupakan ahli "Geng Mohana". SP18 melihat berlakunya baling membaling kayu palet, batu dan besi ke arah rumah SP20. Geng Siva pula membalas dengan membaling semula barang-barang tersebut serta menyimbah air panas ke arah Geng Mohana menyebabkan mereka berundur ke persimpangan di hujung jalan.
[8] SP18 telah merakamkan insiden yang berlaku pada malam tersebut dari tingkat atas rumah SP20 (Folder 1). Setelah berhenti merakam video, SP18 telah turun ke tingkat bawah rumah untuk menutup "shutter" dan kemudiannya menyeberang jalan untuk pergi ke rumah jirannya, Vehtavalli a/p Sewaras ("SD9"). SP18 meyambung merakam video dari rumah jirannya tersebut (Folder 2).
[9] Pada ketika itu, SP18 terlihat sebuah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Seorang anggota polis telah keluar dari kereta tersebut dan bercakap dengan Mahendran dan kemudiannya beredar dari tempat kejadian. Kemudian SP18 melihat Geng Mohana semakin ramai dan mereka membawa senjata seperti besi dan parang. SP18 melihat Perayu Pertama mendekati rumah SP20 dan bercakap dengan Mahendran dalam nada yang kuat bertanyakan dalam Bahasa Tamil "Siapa you punya orang in charge? Panggil dia". Selepas itu, Perayu Pertama kembali ke tempat ahli kumpulannya berada iaitu di kilang aiskrim.
[10] Kemudian, Geng Mohana telah bergerak menghampiri rumah SP20. SP18 melihat Perayu Kedua dan Perayu Kelima membuka baju mereka dan menutup sebahagian muka mereka dengan baju tersebut. Perayu Kelima dilihat membaling botol kaca yang berapi ke arah tingkat bawah rumah SP20. SP18 kemudian bergerak turun dari tembok dan masuk semula ke dalam rumah SD9 setelah melihat Perayu Pertama berjalan ke arahnya dengan muka yang garang.
[11] Melalui pintu gelongsor rumah SD9, SP18 dapat melihat Perayu Keempat menetak bahagian belakang bahu kanan si mati dengan menggunakan parang. Si mati pada ketika itu sedang memeluk pagar di tingkat bawah rumah SP20. Kemudian, si mati telah berlari ke arah motosikalnya di kawasan tong sampah sebelum jatuh terlentang akibat terlanggar besi ampaian. Selepas itu si mati telah ditetak oleh Perayu Kedua, Ketiga dan Keempat dengan menggunakan parang. Perayu Pertama pula berjalan perlahan-lahan sambil menyeret dan menghentak parangnya ke atas tanah sambil menjerit "Siapa lagi? Siapa lagi?". Perayu Kelima pula telah menarik motosikal si mati, menolaknya ke atas badan si mati dan membaling sesuatu ke arah motosikal tersebut sehingga mengakibatkan percikan api dan terbakar.
[12] SP18 dapat mengecam kesemua perayu sewaktu perbicaraan di Mahkamah. SP18 boleh mengecam Perayu Pertama kerana melihat Perayu Pertama beberapa kali pada malam kejadian. SP18 pula mengenali Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima yang merupakan orang tempatan.
[13] SP19 tinggal di rumah No 53. SP19 ialah seorang guru dan berjiran dengan SP18. SP19 menyatakan bahawa pada malam kejadian, ketika sedang makan di rumah SP20, SP19 terdengar bunyi bising di luar rumah. SP19 keluar untuk melihat dan mendapati sebuah kereta Proton lswara berwarna merah telah kemek. SP19 masuk semula ke dalam rumah untuk makan dan terdengar semula bunyi bising di luar rumah. Apabila SP19 keluar semula untuk mengetahui apa yang berlaku, SP19 terlihat berlakunya insiden baling membaling kayu palet, batu, peralatan dapur dan simbahan air panas antara Geng Mohana dengan Geng Siva.
[14] Setelah Geng Mohana berundur ke persimpangan jalan, SP19 telah pulang ke rumahnya. SP19 berada di kawasan anjung rumahnya dan melihat seramai lebih kurang 70 ke 80 orang Geng Mohana sudah berkumpul berdekatan kilang aiskrim. SP19 juga dapat melihat kelibat beberapa ahli kumpulan Geng Mohana tersebut yang memegang senjata parang yang panjang dan berkilat. Kejadian baling-membaling barang dan simbahan air panas berlaku semula. SP19 mengesahkan ada melihat SP18 berada di atas tembok di luar rumah SD9.
[15] Sewaktu Geng Mohana mendekati rumah SP20, SP19 melihat Perayu Kelima membaling sebiji botol berapi ke dalam rumah SP20 menyebabkan berlakunya kebakaran. Selepas itu, SP19 melihat Perayu Keempat datang dan menetak bahagian belakang atas badan si mati dengan parang. Si mati ketika itu berada di pintu pagar rumah SP20. Kemudian, si mati telah berundur, beredar dari pagar, terlanggar tiang ampaian dan jatuh terlentang. Pada waktu itu, SP19 melihat Perayu Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat menetak si mati dengan menggunakan parang. Perayu Kelima telah mengambil sebuah motosikal dan menghempapkannya ke atas badan si mati dan kemudiannya membakar motosikal tersebut.
[16] SP19 mengecam kesemua perayu sewaktu perbicaraan di Mahkamah. SP19 menyatakan bahawa dia dapat melihat kesemua wajah perayu dibantu oleh cahaya lampu jalan, lampu rumah dan cahaya daripada api yang marak di rumah SP20. SP19 juga pernah melihat Perayu Kedua, Ketiga dan Kelima kerana mereka merupakan orang tempatan. SP19 turut mengenali Perayu Keempat yang kerap ke rumah bersebelahan rumahnya untuk menziarahi datuk dan neneknya yang menetap di situ.
[17] SP21 menyatakan bahawa pergaduhan pada malam kejadian tersebut berlaku beberapa kali. Menurut SP21, pergaduhan pertama berlaku semasa Chinniah datang dengan sebuah kereta Proton lswara berwarna merah. SP21 mengakui bahawa dirinya sendiri bersama Mahendran dan kawan-kawannya yang lain telah merosakkan kereta tersebut. Selepas itu, Chinniah telah berkumpul dengan Geng Mohana yang semakin bertambah bilangan mereka di kawasan berdekatan kilang aiskrim. Kemudian, Geng Mohana telah mara ke tempat kejadian dengan membaling kayu palet, batu dan besi manakala Geng Siva membalas dengan membaling semula barang-barang tersebut dan menyimbah air panas sehingga mengakibatkan Geng Mohana berundur ke persimpangan jalan. Pada ketika itu, pihak polis tiba di tempat kejadian dan keadaan menjadi reda.
[18] Tidak lama kemudian, Geng Mohana telah bergerak semula ke rumah SP20 dan kali ini terdapat ahli kumpulan tersebut yang membawa parang menyebabkan beberapa orang ahli kumpulan Geng Siva bertindak melarikan diri.
[19] Pada waktu itu, si mati yang berada di luar rumah telah diserang oleh perayu-perayu dengan menggunakan parang. SP21 telah melarikan diri dan masuk ke dalam rumah SD9. SP21 melihat SP18, kawan-kawannya iaitu Dinesh, Kombi dan SD9 serta anak-anaknya sedang berdiri di pintu gelongsor hadapan rumah SD9 menghadap ke rumah SP20. SP21 berada bersama-sama mereka dan melihat dari pintu gelongsor tersebut. SP21 dapat melihat Perayu Kedua, Ketiga dan Keempat menetak si mati dengan menggunakan parang. Pada waktu itu juga kelima-lima Perayu dilihat berada di tempat yang sama. Selepas perayu-perayu beredar dari tempat kejadian, SP21 telah keluar dari rumah SD9 bersama yang lain. Tidak lama kemudian, kawan-kawannya iaitu Ariavan, Pavitheran dan Nishalan tiba di tempat kejadian dengan menaiki kereta Perodua Myvi SP21 dan Ariavan telah membawa si mati ke Hospital Mentakab.
[20] SP21 dapat mengecam kesemua Perayu sewaktu perbicaraan di Mahkamah. SP21 juga dapat menceritakan dengan terperinci peranan setiap perayu, bentuk fizikal dan pakaian mereka pada malam kejadian. SP21 juga mengenali Perayu Kedua selama lima ke enam tahun sebelum kejadian manakala Perayu Ketiga dikenalinya sejak 13 tahun sebelum kejadian. SP21 juga sudah mengenali Perayu Keempat dan bapanya sebelum ini.
[21] Gan Teng Hock ("SP20") mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di rumahnya. SP20 menyatakan bahawa pada malam tersebut, terdapat jamuan barbeku di rumahnya. Kawan-kawan SP20 dan anaknya SP18 berkumpul untuk makan bersama di rumahnya. Kemudian, SP20 telah didatangi oleh Chinniah, Narasi, Siva Polis dan seorang lelaki berbangsa India yang menaiki sebuah kereta Proton lswara berwarna merah, manakala Perayu Kedua dan Ketiga telah datang menaiki motosikal. Berlaku pertengkaran mulut antara kesemua mereka. SP20 menyatakan bahawa sewaktu pertengkaran berlaku, Mahendran telah memecahkan kereta Chinniah dan si mati telah menampar Chinniah.
[22] Apabila kejadian yang pertama tersebut berakhir, SP20 telah pergi ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan polis. Oleh itu, SP20 tidak melihat kejadian yang menimpa si mati.
[23] ASP Ar Masri bin Sallehudin ("SP16") merupakan pegawai polis yang telah menangkap Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. SP16 telah menjalankan soal siasat ke atas Perayu Kedua dan Perayu Kedua menyatakan bahawa senjata yang digunakan pada malam kejadian telah disembunyikan di rumah kawannya di Taman Rimba. SP16 telah merekodkan maklumat yang diberikan oleh Perayu Kedua dalam Eks P179. Perayu Kedua telah memandu arah SP16 ke rumah Ravindran a/l Valayuthan ("SP12"). Di sana, SP12 mengakui bahawa Perayu Kedua ada menyerahkan parang kepadanya yang telah diletakkan di bawah akuarium di luar rumah tetapi parang tersebut telah hilang. SP16 telah membuat pemeriksaan rambang dan beredar ke rumah Perayu Kedua untuk merampas pakaian. Sebelum beredar, SP16 meminta Sivakami a/p Arumugam ("SP15") untuk menghubunginya jika parang tersebut telah dijumpai. Tidak lama kemudian, SP15 telah menghubungi SP16 semula memaklumkan bahawa tiga bilah parang telah dijumpai di bawah katil SP12. SP16 telah merampas parang-parang tersebut.
[24] SP12 menyatakan bahawa pada 23 November 2014 lebih kurang pukul 2.00 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Perayu Kedua menelefonnya untuk memulangkan peralatan kereta yang dipinjamnya. Setelah tiba di rumah, SP12 mendapati ada peralatan kereta dan tiga bilah parang yang diletak berhampiran akuarium di anjung rumah tersebut. Perayu Kedua meminta SP12 menyimpannya. SP12 kemudian menyimpan parangparang tersebut di bawah katil di dalam biliknya.
[25] Pakar Perubatan Forensik, Dr Sri Marni bin Zainal Abidin ("SP2") telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat si mati dan mengesahkan bahawa punca kematian si mati ialah luka tetak berganda di bahagian kepalanya (multiple slash wounds to the head). Menurut SP2, terdapat lima Iuka tetakan di bahagian kepala yang menyebabkan pendarahan kulit kepala, keretakan tulang tengkorak, pendarahan dalam kepala dan kecederaan otak si mati. Menurut SP2 lagi, kehilangan darah yang banyak boleh berlaku daripada kecederaan pada kulit kepala lalu menyebabkan pengaliran darah ke organorgan lain seperti jantung dan otak juga terganggu. Pendarahan dalam kepala dan kecederaan otak juga boleh mengganggu tahap kesedaran si mati dan boleh juga menyebabkan kematian. SP2 juga mengesahkan bahawa kematian si mati tidak diakibatkan oleh penyakit atau lain-lain. SP2 juga mengesahkan bahawa kecederaan di bahagian kepala yang berkait dengan keretakan tulang tengkorak dan kecederaan otak disebabkan oleh trauma daya objek tajam (sharp force trauma) dan kecederaan pada bahagian muka, leher, perut, bahagian atas dan bawah badan adalah konsisten dengan trauma daya objek tajam atau objek tumpul. Kecederaan tersebut boleh diakibatkan oleh objek seperti parang. SP2 juga menyatakan terdapat kecederaan di bahagian kepala dan badan si mati yang konsisten dengan kebakaran.
Dapatan MT Di Akhir Kes Pendakwaan
[26] Menurut MR di akhir kes pendakwaan, MT mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap perayuperayu dan mengarahkan mereka untuk membela diri.
Kes Pembelaan
[27] MR merujuk kepada perbicaraan di MT di peringkat pembelaan iaitu perayu-perayu telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Pihak pembelaan telah memanggil seramai 10 orang saksi termasuk perayuperayu sendiri. Secara ringkasnya, versi pembelaan perayu-perayu adalah perayu-perayu menafikan bahawa mereka telah menetak si mati dengan parang. Mereka mendakwa bahawa orang yang menetak si mati dengan parang ialah seorang yang memakai baju bercorak petak-petak sepertimana dalam video yang telah dirakam. Perayu Pertama mendakwa dia pernah memberitahu "SM Misai" berkenaan perkara tersebut. Perayu Keempat mendakwa dia tidak berada di tempat kejadian pada waktu kejadian iaitu ketika lelaki yang memakai baju bercorak petak-petak tersebut menetak si mati. Perayu-perayu turut menafikan bahawa Geng Mohana telah menyerang Geng Siva. Perayuperayu menyatakan bahawa pada malam kejadian terdapat dua kejadian serangan iaitu serangan di dalam rumah SP20 dan kemudian serangan terhadap si mati selepas ditetak. Serangan di dalam rumah SP20 dibuat oleh kumpulan lain yang terdiri daripada 4-5 orang. Mereka melihat si mati telah keluar dari rumah SP20 dalam keadaan berdarah dan kemudian ditetak oleh lelaki yang memakai baju bercorak petak-petak tersebut di bahagian kepala. Selepas itu, kumpulan kedua yang terdiri daripada 4-5 orang telah mengambil dan menghempap sebuah motosikal ke atas badan si mati dan membakarnya.
[28] Dua orang saksi iaitu Vehtavalli a/p Sewaras ("SD9") dan Vanishree a/p Gunaseelan ("SD10") telah dipanggil untuk menyokong keterangan perayuperayu bahawa mereka tidak menetak si mati dengan parang. SD9 dan SD10 mendakwa bahawa lelaki yang memakai baju bercorak petak-petak tersebut yang telah menetak si mati. Pengecaman dibuat terhadapnya melalui rakaman video di minit 7.25 ke 7.30 video di dalam Folder 2.
Dapatan MT
[29] MR telah merujuk kepada dapatan MT di akhir kes pembelaan iaitu MT mendapati bahawa perayu-perayu telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap perayuperayu. Maka perayu-perayu telah didapati bersalah oleh MT dan disabitkan dengan pertuduhan serta dihukum gantung di leher sehingga mati.
[30] Perayu-perayu telah membuat rayuan ke MR terhadap keputusan MT. Seperti yang dijelaskan, MR setelah mendengar rayuan, kemudiannya telah menolak rayuan tersebut dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap kesemua perayu.
Isu-Isu Di Hadapan Kami
[31] Secara kolektifnya, perayu-perayu telah membangkitkan beberapa isu di hadapan kami untuk pertimbangan dan keputusan.
[32] Isu pertama ialah tiga saksi pihak pendakwaan telah memberikan keterangan yang bercanggah. Saksi-saksi ini ialah SP18, SP19 dan SP21. Percanggahan keterangan dikatakan berlaku kerana ketiga-tiga mereka memberikan keterangan berbeza berkenaan dengan siapakah antara kelimalima tertuduh yang menetak mangsa sehingga menyebabkan kematiannya. Juga dikatakan semasa diadakan kawad cam, saksi-saksi ini tidak dapat mengenali tertuduh yang menetak dan mencederakan mangsa dan tiadanya laporan kawad cam yang telah diadakan. Dihujahkan bahawa Mahkamah bawahan, kedua-dua MT dan MR, telah terkhilaf apabila tidak menimbangkan kesan percanggahan saksi-saksi ini hingga gagal mendapati elemen niat bersama telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kedudukan ini juga telah menyebabkan keperluan terhadap "maximum evaluation" telah tidak dipatuhi oleh Mahkamah bicaradi akhir kes pendakwaan.
[33] Isu seterusnya yang telah dibangkitkan ialah kegagalan untuk menimbangkan pembelaan bahawa orang lain dan bukannya semua tertuduh telah mendatangkan kecederaan dan menetak mangsa dalam kes ini. Orang yang melakukan pembunuhan ini dikatakan ialah seorang yang memakai baju biru berpetak-petak dan yang telah meletak sebuah motosikal di atas badan mangsa. Dikatakan ada rakaman video oleh SP18 untuk menyokong pembelaan bahawa orang yang memakai baju biru berpetak-petak ini yang telah menetak mangsa.
[34] Berkenaan isu rakaman video ini, telah dihujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila tidak menerima rakaman video yang diambil oleh SP18 tersebut kerana rakaman video ini tidak dihantar ke Jabatan Forensik oleh Pegawai Penyiasat kes ini untuk kajian.
[35] Isu seterusnya yang dibangkit untuk rayuan di hadapan kami ialah kegagalan Mahkamah bicara untuk menimbangkan saksi-saksi pihak pendakwaan iaitu SP18, SP19 dan SP21 merupakan saksi-saksi berkepentingan dan keterangan mereka dengan itu tidak seharusnya diterima begitu sahaja tanpa keterangan sokongan.
[36] Mahkamah bawahan juga terkhilaf apabila menerima pengecaman dari kandang saksi ("dock identification") oleh saksi-saksi ini terhadap kesemua tertuduh/perayu.
[37] Isu seterusnya yang dibangkitkan ialah kegagalan Mahkamah bawahan untuk membincangkan ss 299 dan 300 Kanun Keseksaan dan telah bergantung pada keterangan yang lemah mengenai kejadian yang telah berlaku.
[38] Seterusnya dibangkitkan juga isu bahawa alasan penghakiman Mahkamah Rayuan tidak menyentuh s 34 Kanun Keseksaan berkenaan dengan niat bersama dan peranan Perayu Kelima berkenaan niat bersama ini.
[39] Juga dihujahkan isu tentang kegagalan peguam terdahulu, khususnya Perayu Kelima, untuk memberikan notis alibi di bawah s 402A Kanun Prosedur Jenayah. Kegagalan peguam terdahulu ini dikatakan sebagai "flagrant incompetence" yang mengakibatkan salah laksana keadilan.
[40] Akibat hujahan di atas, satu perbicaraan semula tidak sesuai dijalankan dan perbicaraan asal telah lama berlalu dan akan timbul masalah mengenai saksi-saksi yang diperlukan untuk memberikan keterangan.
[41] Juga dihujahkan bahawa rakaman video yang dibuat tentang kejadian telah dengan salahnya tidak diterima dan dipertimbangkan oleh Mahkamah. Sekiranya keterangan video ini telah ditimbangkan dengan betulnya dan diterima, maka akan didapati kawasan kejadian adalah gelap dan pengecaman perayu-perayu oleh SP18, SP19 dan SP21 tidak akan dapat dilakukan.
[42] Seterusnya dibangkitkan isu bahawa penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan tidak dilakukan oleh MT khususnya mengenai kebolehpercayaan (credibility) saksi-saksi SP18, SP19 dan SP21.
[43] Juga dibangkitkan isu tentang kelewatan menulis alasan penghakiman oleh MT setelah selesainya perbicaraan. Ini menyebabkan kegagalan untuk mengambil kira "demeanour" saksi-saksi khususnya SP18, SP19 dan SP21.
Keputusan Kami
[44] Kami nyatakan keputusan kami seperti yang dinyatakan di bawah berkenaan isu yang dibangkitkan di atas.
[45] Mengenai isu percanggahan keterangan saksi-saksi khususnya SP18, SP19 dan SP21 berkenaan siapakah yang telah menetak mangsa sehingga menyebabkan kematian, kami menegaskan tidak berlaku percanggahan keterangan kerana saksi-saksi ini telah melihat kesemua perayu melakukan kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa tersebut. Keterangan di MT ialah melalui pintu gelongsor rumah SD9, SP18 dapat melihat Perayu Keempat menetak bahagian belakang bahu kanan si mati dengan menggunakan parang. Si mati pada ketika itu sedang memeluk pagar di tingkat bawah rumah SP20. Kemudian, si mati telah berlari ke arah motosikalnya di kawasan tong sampah sebelum jatuh terlentang akibat terlanggar besi ampaian. Selepas itu si mati telah ditetak oleh Perayu Kedua, Ketiga dan Keempat dengan menggunakan parang. Perayu Pertama pula berjalan perlahan-lahan sambil menyeret dan menghentak parangnya ke atas tanah sambil menjerit "Siapa lagi? Siapa lagi?". Perayu Kelima pula telah menarik motosikal si mati, menolaknya ke atas badan si mati dan membaling sesuatu ke arah motosikal tersebut sehingga mengakibatkan percikan api dan terbakar.
[46] Keterangan SP18 ini sahaja sudah mencukupi untuk mensabitkan kesemua perayu. SP18 telah melihat kejadian dan semata-mata kerana SP18 ialah anak kepada SP20 tidak bermakna keterangannya seharusnya ditolak.
[47] SP19 pula dengan sendirinya melihat Perayu Keempat datang dan menetak bahagian belakang atas badan si mati dengan parang.
[48] Apa yang dilihat ialah mangsa atau si mati telah ditetak dan kecederaan ini kemudiannya didapati sebagai punca kematian mangsa. Tiada percanggahan kepada apa yang dilihat. Mangsa mati kerana kecederaan dialami dan punca kecederaan disaksikan oleh kedua-dua saksi ini. Apa yang dilihat ialah penglibatan kesemua perayu terhadap kecederaan yang membawa kepada kematian ini.
[49] Ini ditambah pula dengan keterangan SP21 yang menyatakan di MT bahawa dia melihat Perayu Kedua, Ketiga dan Keempat menetak si mati menggunakan parang. Di samping itu SP21 telah menjelaskan peranan setiap perayu dalam kejadian yang mengakibatkan kematian si mati.
[50] Oleh itu keterangan ketiga-tiga saksi ini adalah mencukupi untuk menunjukkan penglibatan setiap perayu sehingga menyebabkan kematian si mati. Tidak boleh dikatakan terdapat percanggahan antara saksi SP18, SP19 dan SP21 ini mengenai kejadian yang menimpa mangsa sehingga menyebabkan kematiannya. Pada hemat kami, jika terdapat percanggahan keterangan sekalipun, percanggahan tersebut adalah kecil dan tidak menjejaskan keseluruhan kes yang dibawa terhadap semua perayu. Berkaitan perkara ini, terdapat beberapa kes yang telah diputuskan terdahulu untuk menunjukkan prinsip yang harus ditekankan apabila isu seperti ini ditimbulkan dalam perbicaraan.
[51] Dalam kes PP v. Datuk Haji Harun Bin Haji Idris [1976] 1 MLRH 562, Raja Azlan Shah HMP (ketika itu) telah menyatakan:
In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also there are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses giving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.
[Penekanan Dibuat]
[52] Begitu juga dalam kes Ong Teng For & Anor v. PP [2013] 1 MLRA 635 (MP), Raus Sharif PMR (ketika itu) menjelaskan:
[33] It is settled law that the credibility of a particular witness and the weight to be given to his other evidence is manifestly within the province of a trial judge. In Andy Bagindah v. PP [2000] 1 MLRA 299, Shaik Daud Ismail JCA said that:
There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings.
[34] Further, in PP v. Datuk Haji Harun Bin Haji Idris [1976] 1 MLRH 562, Raja Azlan Shah FJ (as His Royal Highness then was) said:
In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.
[35] In the final determination of issues, it is incumbent on the trial court to decide, having regard to the probabilities of the case and based on contemporaneous facts and documents, whether the witnesses or set of witnesses are speaking the truth on matters of central importance.
[Penekanan Dibuat]
[53] Pendekatan yang sama telah juga diputuskan oleh Abdul Rahman Sebli HMP (ketika ini HBSS) dalam kes Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other Appeals [2020] 6 MLRA 1 (MP) yang antara lain menegaskan:
[82] The proper approach to deal with discrepancies in evidence is well settled by case law. In Khoon Chye Hin v. PP [1961] 1 MLRA 684 it was held that even where a witness demonstrably lies, it would be to go too far to say that his evidence must be rejected entirely. The proper way to deal with the evidence of such witness is to treat it with suspicion and caution. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy: see De Silva v. PP [1964] 1 MLRH 457.
[Penekanan Dibuat]
[54] Susulan itu, kami berpandangan MT dan MR tidak khilaf sekiranya benar wujud percanggahan keterangan antara SP18, SP19 dan SP21 seperti yang dihujahkan oleh perayu-perayu, kerana percanggahan berkenaan, jika ada sekalipun, telah tidak menjejaskan dan melemahkan kredibiliti SP18, SP19 dan SP21.
[55] Mengenai isu kawad cam pula, kami mendapati isu ini tidak mempunyai asas kerana kawad cam di luar Mahkamah sudah tentunya tidak boleh mengatasi pengecaman di dalam Mahkamah. Dalam kes ini, perayu-perayu telah pun dicamkan sebagai mereka yang telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. Pengecaman di dalam Mahkamah telah dibuat secara positif oleh saksi-saksi pendakwaan, dan kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya.
[56] MT dalam alasan penghakiman telah menyatakan seperti yang berikut:
[36] Kedudukan undang-undang adalah jelas iaitu pengecaman di dalam kandang orang salah merupakan keterangan substantif dan keterangan pengecaman dalam kawad cam merupakan keterangan sokongan, Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2010] 3 MLRA 781. Seperti yang telah mahkamah huraikan dalam kes ini SP18, SP19 dan SP21 sememangnya telah mengenali OKT2, OKT3, OKT4 dan OKT5 lama sebelum kejadian manakala mereka bukan nampak OKT1 dan OKT-OKT yang lain sekali imbas sahaja tetapi berulang kali pada malam kejadian dengan peranan yang berbeza-beza. Keadaan ini dan dengan bantuan cahaya dari tiang lampu, cahaya dari luar dan dalam rumah di taman dan api yang marak dari bawah kedai SP20 amat membantu SP18, SP19 dan SP21 mengecam OKT1 hingga OKT5. Oleh itu tidak ada isu mengenai kegagalan pihak pendakwa untuk mengemukakan laporan kawad cam seperti yang dibangkitkan oleh peguam bela. Mahkamah tidak boleh mengenepikan keterangan SP18, SP19 dan SP21 berkait dengan pengecaman ke atas kesemua OKT dalam kandang orang salah disebabkan pihak pendakwa tidak mengemukakan laporan kawad cam, Poovaneswaran Sellan & Anor v. PP [2016] MLRHU 1679. Pengecaman dalam kawad cam tidak mempunyai independent value langsung. Dengan itu kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan laporan kawad cam tidak perlu diberikan keberatan yang berlebihan, Pendakwa Raya lwn. Nirmala Subramaniam & Yang Lain Dan Kes-Kes Yang Lain [2017] MLRAU 195.
[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam Mahkamah.
[58] Kami mengambil pendirian bahawa tiada sebab untuk tidak mengikuti apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maarop HMR (ketika itu) dalam kes Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2010] 3 MLRA 781 iaitu:
[21] Kedudukan undang-undang tentang pengecaman adalah jelas. Keterangan substantif adalah pengecaman ke atas orang kena tuduh sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi-saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif yang dinyatakan tadi (lihat Budhsen v. State of UP [1970] Cri LJ 1149, Malkansingh & Ors v. State of Madhya Pradesh [2003] Cr LJ 3535 SC, Vaikuntam Chandrappa v. State of AP [1960] Cri LJ 1681, Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 1 MLRA 377].
[59] Dalam kes di atas kami juga mendapati hujahan yang dibuat bahawa "dock identification" tidak seharusnya diterima dalam rayuan ini merupakan satu hujahan yang lemah dan tidak harusnya diterima. Kami berpandangan sedemikian kerana pengecaman di dalam Mahkamah ialah keterangan substantif sebagaimana yang dinyatakan dalam kes di atas.
[60] Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Nirmala Subramaniam & Yang Lain Dan Kes-Kes Yang Lain [2017] MLRAU 195 pula, Ahmadi Asnawi HMR telah menyatakan bahawa:
[96] Ketiadaan Laporan Kawad Cam tidak memprejudiskan OKT-OKT kerana evidential value laporan tersebut hanyalah berbentuk corroborative sahaja. Keterangan substantive datang dari keterangan lisan SP-14 dan SP-15. Maka seharusnya pihak pembelaan menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk elicit keterangan yang berpihak kepada OKT-OKT dari kehadiran SP14 dan SP15 dalam kandang saksi dan tidak merengekrengek meminta salinan Laporan Kawad Cam tersebut.
[97] Selanjutnya seperti dinyatakan di atas, keterangan kawad cam bukanlah keterangan substantive. la hanya boleh digunakan untuk menyokong (corroborate) keterangan substantive yang diberikan oleh saksi-saksi berkaitan dengan pengecaman atau identiti orang kena tuduh sebagai pelaku kesalahan. Tambahan pula, pengecaman dalam kawad cam tidak mempunyai independent value langsung lihat ST Shind (supra) dan Arumugam Muthusamy (supra). Dengan itu kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan Laporan Kawad Cam tidak perlu diberikan keberatan yang berlebihan (exaggerated importance).
[Penekanan Dibuat]
[61] Berdasarkan kes-kes di atas, kami bersetuju bahawa ketiadaan laporan kawad cam, seperti yang dihujahkan oleh perayu-perayu, tidak boleh menjejaskan kes pendakwaan.
[62] Mengenai isu pengecaman perayu-perayu ini, kami juga mendapati apa yang dinyatakan oleh MT berkenaan perkara ini juga tidak boleh dikatakan salah. MT telah merujuk kepada keterangan SP18, SP19 dan SP21 berkenaan perkara ini dan menyatakan dalam alasanpenghakiman seperti yang berikut:
SP18, SP19 dan SP21:
a. boleh melihat kejadian pergaduhan yang berlaku dan kejadian si mati ditetak kerana tempat kejadian diterangi lampu jalan, cahaya lampu dari dalam dan luar rumah-rumah sekitar taman itu dan api yang marak akibat kebakaran di tingkat bawah rumah SP20;
b. mempunyai penglihatan yang tidak terhalang ke arah tempat kejadian;
c. tidak melihat perayu-perayu sekali imbas sahaja tetapi berulangulang kali sepanjang kejadian tersebut; dan
d. dapat menggambarkan kejadian pada malam tersebut dengan terperinci seperti gambaran perayu-perayu, pakaian mereka dan peranan yang dimainkan oleh setiap mereka tanpa sebarang percanggahan keterangan yagn material antara mereka.
[63] Kami mendapati apa yang diteliti dan disimpulkan oleh MT di atas tidak terlalu jauh daripada apa yang dirujuk dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2014] 1 MLRA 92. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah menimbangkan faktor-faktor berikut dalam menentukan sama ada kualiti pengecaman saksi boleh diterima dan ini dinyatakan seperti yang berikut:
[49] It should be noted that at the end of the case for the prosecution, the learned trial Judge ruled that the appellants had been positively identified by PW1. He must have been satisfied with the accuracy and good quality of the identification. He relied on the fact that PW1 had a good five minutes look at the faces of the appellants that early morning. PW1 also testified that he saw the 1st appellant chasing the deceased into the store room and after coming out from the store room the 1st appellant went on to attack him.
[50] The other contributing factors to the good quality of the identification of the appellants are these:
(i) that those who entered the store that early morning did not wear masks;
(ii) that the lighting in the store at that time was bright;
(iii) that the two persons who pointed parangs on the abdomen of PW1 must have been very near him. PW1 gave the length of the parangs to be about a foot (12 inches);
(iv) that the view of PW1 on those who entered the store that early morning was not impeded or obstructed;
(v) that it was not a fleeting glance of PW1. (See: PP v. Hanif Basree Abdul Rahman [2006] 2 MLRA 641; Public Prosecutor v. Shafarin Zainal Abidin & Anor [2007] 6 MLRH 724; Hanafi Mat Hassan v. PP [2006] 1 MLRA 706;
(vi) that in his evidence PW1 was positive that the appellants were the ones who came into the store on that fateful early morning. Under intensive cross-examination PW1 remained steadfast in his answers on his identification of the appellants;
(vii) that being the appellate court we do not think we should interfere with the assessment by the learned trial judge of PW1 as a witness on the issue of identification of the appellants or overlook it.
(viii) (See: Syed Abdullah v. Public Prosecutor [1963] 1 MLRH 113; Ye Wei Gen v. PP [1999] 4 SLR 101, at pp 107-108 (HG))
(ix) that PW1 had no reason or motive to simply implicate the appellants; and
(x) that the IP was also conducted within a month after the incident.
[Penekanan Dibuat]
[64] Dalam keadaan kes ini, kami juga bersetuju dengan dapatan bahawa SP18, SP19 dan SP21 sudah pun mengenali Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sebelum kejadian berlaku dan boleh mengecam serta menceritakan secara terperinci penglibatan setiap seorang daripada mereka sewaktu kejadian pembunuhan si mati berlaku.
[65] Sehubungan dengan isu ini, Hashim Yeop Sani HMP (ketika itu) dalam kes PP v. Dato' Mokhtar Hashim & Ors [1983] 1 MLRH 205 telah menyatakan:
As regards all these three witnesses it is important in my opinion to draw a distinction between recognition and identification. Recognition is more reliable than mere identification. Recognition of a person known to the witness would be more reliable than identification by a witness of a stranger. Some pertinent questions were put by the Lord Chief Justice in the judgment of the Court of Appeal in Raymond Turnbull & Ors [1976] 63 Cr App R 132 appearing at p 137 as follows:
Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as for example, by passing traffic or a press of people? Had the witness ever seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long had elapsed between the original observation and the subsequent identification to the Police.
[Penekanan Dibuat]
[66] Walaupun MT tidak merujuk secara khusus kepada "Turnbull Guidelines" dan tidak memberikan amaran tentang bahayanya sabitan atas keterangan pengecaman semata-mata, MT telah menerima keterangan SP18, SP19 dan SP21 dengan betul. Ini dilakukan hanya setelah menimbangkan kualiti keterangan pengecaman mereka dengan teliti dan secara menyeluruh.
[67] Ini juga tidak jauh berbeza dengan kes Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 1 MLRA 377, apabila Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut:
As regards the guidelines in R v. Turnbull, (supra), it would not be right to say that the trial magistrate had totally failed to comply with them. Indeed, in fairness to Mr Karpal Singh acting for the applicant, this was not his contention. As a matter of fact, the trial magistrate did examine the circumstances in which PW1 and PW2 identified the applicant on 1 or 2nd April 1986 eg, the area in that night was bright, that the meeting with the applicant was for some 15 minutes, etc.
The only failure by the trial magistrate, as contended for the applicant, was the administration of caution to herself. In the instant case before us, it would have been prudent to hold an identification parade. However, having regard to the cumulative effect of the evidence of both the prosecution and the defence as a whole, more particularly, the evidence of PW1 and PW2 which both courts below accepted,the supporting evidence respecting, inter alia, the recovery of the car key from the applicant, the use of the car by the applicant, the removal of the car from the front of the shop where the applicant lived as well as the stance of the applicant in his defence, which was an absolute denial, we see no failure of justice having occasioned nor do we see any ground for contending that the conviction is unsatisfactory or unsafe. This is not a case in which the witness's ability to make identification is in doubt. We see no reason to interfere with the trial magistrate's finding which was affirmed by the High Court. We are of the unanimous view that on the particular facts and circumstances of this case there had been no miscarriage of justice and that the concurrent findings of the trial magistrate and the High Court ought not be disturbed. We accordingly order the conviction and the 14 months imprisonment sentence do stand.
[Penekanan Dibuat]
[68] Mengenai isu niat bersama dan s 34 Kanun Keseksaan yang dihujahkan oleh perayu-perayu tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan, kami menyatakan hujahan ini tidak boleh diterima. Ini adalah kerana seperti yang telah ditunjukkan di atas tentang dapatan MT mengenai kes pendakwaan, keterangan saksi-saksi telah diteliti untuk menunjukkan terdapatnya niat bersama ini. Terdapat keterangan yang menunjukkan penglibatan (participation) tiap-tiap perayu dalam melakukan kecederaan atas si mati.
[69] Sehubungan dengan ini, MT telah meneliti keterangan yang ada dan fakta kes ini juga bersesuaian dengan apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 MLRA 73, seperti yang berikut:
In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention.
Where the prosecution case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law (1950-1960) by J.K. Soonavala p 188-193).
[Penekanan Dibuat]
[70] Mengenai isu tiadanya "maximum evaluation" oleh MT apabila meneliti keterangan saksi-saksi, kami juga tidak dapat menerima hujahan ini kerana dapatan yang dibuat oleh MT dan alasan penghakiman MT menunjukkan keperluan ini telah dipatuhi.
[71] Setelah merujuk kepada elemen-elemen kesalahan yang perlu dibuktikan dan meneliti keterangan yang ada di akhir kes pendakwaan, MT dalam alasan penghakiman memutuskan:
Setelah membuat penilaian maksima ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap kesemua OKT di atas pertuduhan di bawah s 302 KK dibaca bersama s 34 KK. Kesemua OKT dipanggil membela diri di atas pertuduhan.
[72] Berkenaan isu tentang orang yang menetak mangsa atau si mati ialah orang yang memakai baju berpetak-petak dan bukannya semua perayu, kami juga tidak dapat menerima hujah perayu-perayu berkenaan perkara ini. MT telah dengan betulnya menolak keterangan dua saksi pembelaan berkenaan perkara ini dan telah memberikan sebab yang kuat mengapa keterangan ini tidak boleh diterima. MT telah menyatakan seperti yang berikut:
[53] SD9 merupakan tuan rumah tempat SP18 dan SP21 berlindung dan melihat kejadian yang berlaku pada malam tersebut manakala SD10 adalah anaknya. Mereka mengakui tidak pernah memberikan statement kepada polis dan berusaha untuk memaklumkan kejadian pembunuhan tersebut kepada pihak polis. Mereka hanya muncul sebagai saksi-saksi bagi kes pembelaan dan mengatakan orang yang membunuh si mati ialah seorang yang memakai baju petak dan ada tuala Good Morning di poket seluarnya. Semasa diperiksa balas SD9 mengakui OKT4 adalah saudaranya dan bil hotelnya di Temerloh untuk hadir perbicaraan dibiayai oleh adik OKT4, pernah tidur di hotel Mentakab dibiayai oleh adik OKT4 dan beberapa kali menumpang OKT4 balik ke Mentakab dari Kuala Lumpur. Mahkamah melihat keterangan SD9 dan SD10 dengan penuh kecurigaan dan keterangan mereka berat sebelah kepada pihak pembelaan sedangkan mereka ada bersama SP18 dan SP21 dalam rumah yang sama semasa kejadian menetak ke atas si mati. Jika SP18 dan SP21 dapat melihat OKT-OKT yang menetak si mati, mustahil SD9 dan SD10 tidak melihat perkara yang sama kerana mereka berada di tempat yang sama dan pada masa yang sama ketika berlaku kejadian. Berdasarkan kepada hubungan persaudaraan di antara SD9, SD10 dan OKT4 pada pendapat mahkamah adalah mustahil untuk seorang saudara rapat dan mempunyai hubungan yang baik dengan OKT4 tidak memaklumkan kepada polis perkara yang sebenar, iaitu OKT4 yang ditangkap dan dituduh di atas kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut dan pembunuh sebenarnya ialah seorang yang memakai baju petak dan ada tuala Good Morning di poket seluarnya. Mahkamah bersetuju dengan penghujahan TPR bahawa SD9 dan SD10 memilih untuk tidak memaklumkan atau mengelak untuk memaklumkan kepada pihak polis kerana mereka telah tahu perkara yang sebenar berlaku iaitu OKT4 dan OKT-OKT yang lain bersama-sama terlibat dengan pembunuhan tersebut bukan seorang yang berbaju petak atau orang lain. Jika OKT-OKT, SD9 dan SD10 telah memaklumkan kepada pihak polis sudah tentu mereka boleh menjalankan siasatan untuk mengesahkan alegasi pihak pembelaan bahawa seorang yang berbaju petak yang telah membunuh si mati. Oleh yang demikian mahkamah merumuskan SD9 dan SD10 merupakan saksi yang berkepentingan dan keterangannya ada kecenderungan untuk menyokong dan membantu OKT4 dan OKT-OKT yang lain bertujuan membantu OKT-OKT bebas dari pertuduhan. Oleh itu mahkamah telah menolak keterangan SD9 dan SD10.
[54] Watak SD9 dan SD10 juga tidak pernah dicabar kepada saksi-saksi pendakwa walaupun pihak pendakwa telah mengemukakan keterangan SP18 dan SP21 berada dalam rumah SD9 ketika kejadian menetak berlaku. Seperti yang telah mahkamah nyatakan, SD9 dan SD10 merupakan satu watak yang penting kerana mereka menyokong dakwaan OKT-OKT bahawa seorang yang berbaju petak yang menetak si mati dan OKT4 tidak ada di tempat kejadian pada masa si mati ditetak dan dibakar. Jika SP18 dan SP21 disoal balas berhubung dengan tindakan SD9 dan SD10 semasa SP18 dan SP21 melihat kejadian tersebut mereka mungkin akan dapat menjelaskan apa yang SD9 dan SD10 lakukan ketika itu sama ada mereka melihat kejadian itu atau mungkin mereka berada dalam rumah tetapi tidak melihat kejadian itu. Kegagalan pihak pembelaan untuk menyoal balas saksi berhubung dengan peranan Vehtavelli menunjukkan pembelaan OKT hanyalah satu rekaan atau afterthought, Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 1 MLRA 200. Dari sudut yang lain keterangan SD9 dan SD10 secara tidak langsung menyokong keterangan kes pendakwaan bahawa SP18 dan SP21 yang berada dalam rumah SD9 boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku di tempat kejadian pada malam tersebut.
[73] Kami juga tidak bersetuju berkenaan isu seterusnya iaitu MT telah dengan salahnya menolak rakaman video yang dikatakan dirakam oleh SP18 sewaktu kejadian berlaku yang menunjukkan orang yang memakai baju berpetak-petak ini. Berkenaan rakaman video ini, MT telah dengan betulnya menolak kemasukkannya sebagai ekshibit memandangkan rakaman tersebut tidak dihantar untuk analisis forensik untuk menentusahkan keaslian dan ketulenannya. Pada hemat kami, alasan yang diberikan oleh MT berkenaan penolakantersebut tidak boleh dikatakan tersasar atau salah.
[74] Di samping itu keterangan SP18, SP19 dan SP21 adalah mencukupi untuk menunjukkan semua perayu ialah orang yang terlibat mencederakan mangsa sehingga membawa kepada kematian dan bukannya orang yang memakai baju berpetak-petak berkenaan. Mereka tidak pernah menyatakan orang yang memakai baju berpetak-petak ini ialah orang yang telah menetak mangsa.
[75] Kami juga tidak dapat bersetuju dengan hujahan bahawa saksi-saksi pihak pendakwaan iaitu SP18, SP19 dan SP21 ialah saksi-saksi berkepentingan dan keterangan mereka dengan itu tidak seharusnya diterima begitu sahaja.
[76] Sehubungan dengan ini, kami berpendapat alasan yang diberikan oleh MT untuk tidak menerima hujahan ini juga adalah alasan yang tidak salah. MT telah menyatakan seperti yang berikut:
[35] Peguam bela berhujah SP18 adalah saksi yang berkepentingan kerana beliau adalah anak kepada SP20 dan anak saudara kepada si mati oleh itu mahkamah perlu menolak keterangan SP18. Mahkamah memutuskan tidak ada anggapan undang-undang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai, Balasingham v. PP [1959] 1 MLRH 585. Pihak pembelaan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan SP18 tidak boleh dipercayai dan mempunyai motif untuk menganiaya OKT-OKT. Tambahan pula, keterangan SP18 disokong oleh keterangan SP19 dan SP21. Mahkamah merumuskan SP18 memberikan keterangan kerana kebetulan beliau berada di tempat kejadian dan melihat kejadian yang berlaku pada malam tersebut. Keterangannya tidak berat sebelah dan tidak ada kecenderungan untuk menolong SP20 dan si mati. Jika pun benar hujahan peguam bela OKT-OKT bahawa SP18 adalah saksi yang berkepentingan (dinafikan) kekuatan kes pihak pendakwa bukan hanya bergantung kepada keterangan SP18 sahaja. Terdapat keterangan langsung dari SP19 dan SP21 yang membuktikan OKT-OKT secara niat bersama telah melakukan pembunuhan ke atas si mati.
[77] Kami juga mendapati dan bersetuju bahawa tiada alasan undang-undang untuk menolak keterangan saksi-saksi semata-mata kerana mereka ialah saksisaksi yang berkepentingan. Sehubungan dengan ini, MT telah dengan betulnya merujuk kepada kes Balasingham v. PP [1959] 1 MLRH 585 yang dengan betulnya menyatakan:
After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances.
[Penekanan Dibuat]
[78] MT juga telah dengan betulnya menerima keterangan SP18. Keterangan SP18 adalah pada hakikatnya disokong oleh keterangan SP19 dan SP21. Tiada sebab juga diberikan untuk mengatakan SP18 bertujuan menganiaya kesemua tertuduh/perayu.
[79] Keterangan SP18 diterima kerana telah berada di tempat kejadian dan telah melihat apa yang berlaku. Keterangannya yang diterima tidak boleh dianggap berat sebelah untuk memihak kepada mana-mana pihak. Pihak pendakwaan juga tidak bergantung semata-mata pada keterangan SP18 sahaja tetapi juga mempunyai keterangan SP19 dan SP21 untuk membuktikan kes terhadap kesemua perayu.
[80] Kami juga berpendapat isu yang dibangkitkan berkenaan kegagalan Mahkamah bicara untuk membincangkan s 299 dan s 300 Kanun Keseksaan dan telah bergantung pada keterangan yang lemah daripada SP2, Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjalankan bedah siasat, merupakan hujahan yang tidak bermerit.
[81] Ini adalah kerana pertuduhan untuk kesalahan membunuh adalah di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah mana-mana peruntukan s 300(a) hingga (d) Kanun Keseksaan. Fokus seharusnya pada s 302 Kanun Keseksaan. Bagi tujuan membuktikan kesalahan bunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan, elemen-elemen di bawah s 300 Kanun Keseksaan dilihat hanya untuk menjelaskan bagaimana elemen mens rea boleh dibuktikan terhadap tertuduh.
[82] Ini dapat dilihat dalam kes Hoo Ah Tee v. PP [2013] 4 MLRA 283, yang menyatakan seperti yang berikut:
[11] ... (ii) It is wrong to say that the accused was charged under s 300(a) or (b) or (c) or (d). The only charge to attract s 302 is a charge for murder and for that the prosecution has to prove one of the elements in s 300, Technically there cannot be a charge on any of the limbs of s 300. The charge must only be for murder.
(iii) Section 300(a) to (d) only explains how intention can manifest for the presumption of culpable mental state to operate to satisfy the element of mens rea to sustain a charge of murder ...
[Penekanan Dibuat]
[83] Walaupun Dr Sri Marni Zainal Abidin, SP2 yang menjalankan bedah siasat tidak menyatakan bahawa kesan bencana tubuh (kecederaan) kepada si mati tersebut adalah "mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian", kami bersetuju dengan dapatan dan pandangan MR bahawa ini tidak "fatal". Ini kerana ayat tersebut tidak seharusnya diperlukan dalam semua keadaan. Apa yang diperlukan adalah dengan berpandukan kepada keterangan SP2, sama ada terdapatnya keterangan dari sudut perubatan untuk membantu Mahkamah membuat kesimpulan untuk mencapai maksud ungkapan tersebut.
[84] Saranan ini telah disentuh dan diulas oleh Abdul Rahman Sebli HMP (ketika ini HBSS) dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 2 MLRA 70 sebagaimana yang berikut:
[15] Whether the injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is essentially a question of fact for the court to determine. Since however, this is a matter that is in the realm of medical science, medical evidence is needed to assist the court in arriving at a decision. Obviously, it is not for any lay person without the proper medical training and background to determine as a matter of scientific fact whether a particular injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death ...
[20] The crucial part of SP1's evidence was that the injuries on the deceased's head could cause direct or almost immediate fatality, ie, death. Kecederaan-kecederaan tersebut boleh secara terus atau sehampir secepat menyebabkan kematian. He testified that the deceased would not be able to survive the injuries.
[21] This effectively means that the injuries were of a kind that is 'sufficient in the ordinary course of nature to cause death' within the meaning of cl(c) of s 300 of the Penal Code although SP13 did not describe the injuries in those exact terms either in his post-mortem examination report or in his oral evidence in court. At the trial, SP13 was shown the baseball bat (P10A) that the police seized from the scene of crime and he confirmed that it could cause injuries 1, 2, and 3 found on the deceased's head.
[Penekanan Dibuat]
[85] Apa yang dinyatakan di atas dan berpandukan kes Zulkiple tersebut, kami memutuskan keterangan SP2 amat mencukupi untuk membantu Mahkamah untuk membuat keputusan mencapai maksud ungkapan berkenaan. Terdapat keterangan daripada SP2 yang secara nyata menyebut bahawa punca kematian si mati adalah akibat luka tetakan berganda di kepala (multiple slash wounds of the head).
[86] SP2 telah juga memberikan keterangan bahawa bencana tubuh yang lain pada tubuh si mati seperti kesan bakar, kesan abrasi, dan kesan tetakan di tempat lain selain daripada kepala si mati sebagai tidak "vital" atau tidak begitu penting sehingga boleh menyebabkan kematian si mati.
[87] Persoalan yang penting yang perlu ditentukan berkaitan dengan isu ini adalah sama ada bencana tubuh yang dilakukan oleh perayu-perayu ke atas si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Peranan SP2 adalah untuk memberikan keterangan mengenai jenis atau bentuk bencana tubuh kepada kepada si mati dan sama ada bencana tubuh tersebut pada lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian seperti termaktub dalam s 300(c) Kanun Keseksaan.
[88] Dalam rayuan ini, SP2 telah memberikan keterangan dalam pemeriksaan utama tentang apakah yang dimaksudkan dengan "tetakan berganda kepada kepala" si mati yang dikatakan menyebabkan kematian. Mengikut keterangan SP2:
"multiple slash wounds" yang dijumpai pada bahagian kepala adalah luka slash yang terdapat di bahagian kepala lebih kurang 5, yang dijumpai dan pada masa yang sama telah menyebabkan keretakan atau terpotongnya sebahagian daripada tulang tengkorak kepala. Selain daripada itu terdapat juga luka-luka lebam atau kontusi pada bahagian otak di mana ini adalah satu kecederaan pada bahagian otak juga telah berlaku. Maka pada pendapat saya "multiple slash wounds" atau luka tetak berganda luka slash berganda pada bahagian kepala telah menyebabkan kematian."
[Penekanan Dibuat]
[89] Ini sekali gus mematahkan hujahan peguam bela Dato' Rajpal Singh yang mengatakan bahawa Mahkamah bawahan telah khilaf atas isu keterangan SP2. Peguam bela mengatakan SP2 tidak ditanya sama ada bencana tubuh yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Namun di sini, SP2 telah secara jelas memberikan keterangan mengenai bencana tubuh yang spesifik yang telah menyebabkan kematian kepada si mati, iaitu tetakan berganda kepada kepala yang telah menyebabkan banyak pendarahan dan pada masa yang sama telah menyebabkan keretakan atau terpotongnya sebahagian daripada tulang tengkorak kepala.
[90] Peguam bela juga menggesa Mahkamah ini agar menggunakan pendekatan yang diambil oleh Mahkamah ini dalam kes-kes seperti Pubalan Peremal v. PP [2020] 5 MLRA 504 dan Cheong Kam Kuen v. PP [2013] 2 MLRA 1. Kami telah meneliti kedua-dua kes ini dan mendapati adanya perbezaan dari segi keterangan yang telah diberikan oleh pathologist dalam kes-kes tersebut. Dalam kes Pubalan Peremal v. PP [2020] 5 MLRA 504, Mahkamah ini menyatakan:
"[19] In the particular circumstances of this case, the important question to be determined was whether the appellant intended to cause such bodily injuries as he knew likely to cause death or such as is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Unfortunately, in the present case, the critical question remains unanswered; in our view, PW4 the forensic pathologist should have been asked to give his opinion on the nature of the injuries and its likely and natural effects, but he was not asked any questions on this crucial point. Accordingly, the evidence in this respect is wanting. As there is no evidence on the nature of the injuries and its likely and natural effects, then the offence... is not murder."
[91] Manakala dalam kes Cheong Kam Kuen v. PP [2013] 2 MLRA 1 Mahkamah ini memutuskan:
[20] In the present case, it is our view based on the nature of the injuries sustained by the deceased there was evidence of an intention to cause bodily injury to the deceased. However, we do not agree with the finding of the learned trial Judge that based on the nature and number of injuries, the appellant had the intention to cause death to the deceased. We noted that both the learned trial Judge and the Court of Appeal in their decision did not address themselves on the fine distinction between ss 299 and 300 of the Penal Code before coming to a correct conclusion.
[21] We are in agreement with the submission of learned counsel for the appellant that there is no evidence led from SP10, the pathologist as to whether the injuries inflicted on the deceased were sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The evidence of SP10 is to the effect that the deceased suffered multiple injuries. She said:
"most of the injuries caused by the blunt object. However wound No 52 caused by sharp object...The injury to the head can cause death whereas the others are not fatal by itself. This kind of injury, the chances of survival to a human. In this particular case, the chances is very slim because the injury on the face and on the head".
[92] Dalam Cheong Kam Kuen v. PP [2013] 2 MLRA 1 terdapat keraguan munasabah atas keterangan SP10 mengenai sama ada bencana tubuh yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Ini jelas apabila Mahkamah ini memutuskan dalam kes tersebut:
[22] ...In cross-examination by the defence as regards which injury caused death, SP10 stated that some on the face and neck of the deceased and this is an accumulative effect rather than single injury. It is therefore clear that the injuries which caused the death to the deceased were those on the face and neck, not on the head that those injuries are not fatal by themselves".
[23] We are of the view that based on the above evidence of SP10, it was not proved beyond reasonable doubt that those injuries inflicted upon the deceased were sufficient in the ordinary course of nature to cause death".
[24] In view of the nature of the medical evidence given by SP10, the pathologist as earlier highlighted, it is our considered view that the present case would fall within the second part of s 299 of the Penal Code. It is our judgment that this is a case which can reasonably be brought within the lesser offence of culpable homicide not amounting to murder, falling within the first part of s 304(a) of the Penal Code...".
[93] Jelas keterangan daripada pathologist dalam kes Pubalan Peremal v. PP [2020] 5 MLRA 504 dan Cheong Kam Kuen v. PP [2013] 2 MLRA 1 telah menimbulkan keraguan bahawa bencana tubuh yang dialami oleh si mati mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Dalam rayuan yang di hadapan Mahkamah ini, keraguan mengenai jenis dan bentuk bencana tubuh dan sama ada bencana tubuh tersebut adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian pada si mati, tidak timbul sama sekali.
[94] Lebih penting, SP2 memberikan keterangan bahawa bencana tubuh tetakan berganda pada kepala si mati adalah konsisten dengan senjata yang tajam dan berat seperti parang, kapak dan lain-lain senjata serupa. lni juga adalah konsisten dengan versi saksi pendakwaan yang melihat si mati ditetak bertubi-tubi dengan menggunakan parang.
[95] Oleh itu MT tidak khilaf apabila mendapati dan berpuas hati bahawa kesan bencana tubuh kepada si mati tersebut adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian seperti yang dinyatakan di bawah s 300(c) Kanun Keseksaan.
[96] Kami juga tidak dapat menerima hujahan berkenaan isu kegagalan peguam bela terdahulu untuk memberikan notis alibi di bawah s 402A Kanun Prosedur Jenayah sebagai satu "flagrant incompetence" yang telah mengakibatkan salah laksana keadilan (miscarriage of justice). Ini kerana keterangan yang kukuh telah dibentangkan di Mahkamah mengenai penglibatan kesemua perayu sehingga menyebabkan kematian mangsa. Perayu-perayu disabitkan bukan kerana adanya "flagrant imcompetence" tetapi berdasarkan keterangan yang jelas mengenai penglibatan mereka berkait pertuduhan bunuh yang didakwa terhadap mereka.
[97] Keadaan yang sama terlihat dalam kes Mazlan Othman v. PP [2013] 1 MLRA 568, yang mendorong Abdul Malik Ishak HMR (ketika itu) untuk menyatakan:
[115] Before us, it was argued that the appellant here was deprived of a fair hearing because of the incompetence of counsel at the High Court level. Factually speaking, the circumstantial evidence alluded to earlier in this judgment linked the appellant to the offence of committing armed robbery and discharging a firearm in the course of that robbery. The strong circumstantial evidence pointed to the guilt of the appellant. The presence of the appellant at the goldsmith's shop was linked to the bullet slug that was retrieved from the left shoulder of SP10 and that bullet slug came from the Steyr pistol (exh "P23") that was in the possession of the appellant. Even the bullet casing that was recovered at the goldsmith's shop came from the same Steyr pistol (exh "P23"). To compound the matter further, the recovery of eight (8) gold chains in the front right pocket of the appellant's trousers mixed with glass splinters sealed the fate of the appellant. The possibility that the appellant was not at the goldsmith's shop must be construed as too "far-fetched" (to borrow the words of Gopal Sri Ram FCJ in the Shamim Reza's case). Consequently, the fact that the learned JC held that no alibi notice was given within the prescribed time to the Public Prosecutor and had excluded the evidence connected with alibi defence has not occasioned a miscarriage of justice. In our judgment, there was no flagrant incompetence on the part of the defence counsel who conducted the defence before the learned JC.
[116] It must be borne in mind that the defence counsel having conduct of the case before the learned JC when confronted by the learned JC as to whether any notice of the alibi defence was forwarded to the Public Prosecutor replied that he did not do so for want of time. This response showed that the defence counsel knew the law and he cannot be said to be incompetent or "flagrantly incompetent" (to borrow the words of Gopal Sri Ram FCJ in the Shamim Reza's case). The learned JC convicted the appellant not because of the incompetence of the defence counsel but rather because of the overwhelming circumstantial evidence adduced by the prosecution.
[117] In our judgment, on the facts, it is a gross miscarriage of justice not to convict the appellant for committing both the offences as per the charges (Yong Kar Mun v. PP [2012] 2 MLRA 577). We must "be on guard against any tendency of accused persons who have been properly and deservedly convicted to put the result down not to the crime committed, but to the incompetence of counsel" (per Cooke J in R v. Pointon [1985] 1 NZLR 109, 114, CA).
[Penekanan Dibuat]
[98] Dalam kes di hadapan kami, perayu-perayu telah dicamkan dengan positif oleh saksi-saksi pendakwaan dan kualiti pengecaman adalah baik. Maka sekiranya adapun pembelaan alibi, ini tidak boleh mengatasi keterangan pengecaman mantap daripada saksi-saksi pendakwaan.
[99] Dalam kes Duis Akim (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut:
[82] However, alibi could not prevail over the positive identification of an accused person especially so in the face of categorical statements coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying.
[Penekanan Dibuat]
[100] Juga perlu diperhatikan, walaupun notis alibi tidak dikemukakan, Mahkamah bicara telah meneliti dan menimbang keterangan saksi pembelaan SD9 dan SD10 yang dipanggil untuk menyokong pembelaan. Namun seperti yang dijelaskan terdahulu, keterangan mereka telah tidak diterima atas alasanalasan yang diberikan oleh Mahkamah bicara yang kami setujui.
[101] Oleh itu, kami berpendapat "flagrant incompetence" tidak berlaku dan sesiapa pun tidak diprejudiskan sehingga kononnya menyebabkan berlakunya salah laksana keadilan apabila peguam bela terdahulu tidak mengemukakan notis alibi ketika perbicaraan.
[102] Berkenaan hujahan tentang berlakunya kelewatan menulis alasan penghakiman oleh MT setelah selesainya perbicaraan, kami berpendapat ini adalah hujahan yang sangat lemah kerana masa yang diambil untuk melakukannya adalah munasabah. Harus dicatatkan kes ini melibatkan 5 orang tertuduh dan seramai 21 orang saksi. Sudah tentunya Mahkamah perlu membuat penelitian yang rapi terhadap semua keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pendakwaan dan pembelaan. Untuk itu, masa yang diambil untuk menyiapkan alasan penghakiman oleh MT adalah munasabah dan tidak memprejudiskan kesemua perayu.
Kesimpulan
[103] Berdasarkan alasan-alasan yang kami berikan di sini, kami sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan dan mengekalkan sabitan. Mengenai hukuman pula, setelah mendengar hujahan-hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk tidak mengenakan hukuman mati terhadap perayu-perayu. Oleh itu, Mahkamah ini mengenakan hukuman 30 tahun penjara dan 12 kali sebatan terhadap kesemua perayu (kecuali Saimon Anthony, iaitu perayu pertama) dari tarikh tangkap. Bagi perayu pertama, Mahkamah mengenakan hukuman 30 tahun penjara dari tarikh tangkap tanpa sebatan kerana dia berumur 54 tahun.