FAZRUL DAEM LUTH lwn. PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN & YANG LAIN

[2019] 6 MLRH 191

FAZRUL DAEM LUTH lwn. PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN & YANG LAIN
Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur
Nordin Hassan H
[Permohonan Semakan Kehakiman No: WA-25-28-01-2019]
9 Julai 2019

PENGHAKIMAN

Nordin Hassan H:

Pendahuluan

[1] Pemohon dalam kes ini telah memfailkan permohonan penzahiran dokumen di bawah A 53 k 6 dan dibaca bersama A 24 k 3, 7, 8, 8A, 9, 11, 12 dan 16, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 serta A 92 k 4, iaitu kuasa inheren mahkamah ini.

[2] Dalam permohonan ini, perintah mahkamah adalah dipohon bagi responden-responden mengemukakan kepada pemohon dokumen-dokumen dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah dibuat. Dokumen- dokumen tersebut adalah seperti berikut:

(i) Buku Rekod Perkhidmatan dan Fail Peribadi Pemohon;

(ii) Rekod HRMIS;

(iii) Arahan Pentadbiran Bil 28/97 rujukan KPN 39/37 bertarikh 6 Ogos 1997;

(iv) Surat Pekeliling SAC Allaudeen bin Abdul Majid selaku Pihak Berkuasa Tatatertib;

(v) Aduan/Laporan pelanggaran tatatertib subjek, Fazrul Daem Luth (No RF 6157609) yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib bagi tujuan penentuan jenis pelanggaran tatatertib di bawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993;

(vi) Laporan untuk pertimbangan kes prima facie di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

(vii) Kertas Pertimbangan Lembaga Tatatertib Untuk Membuat Keputusan Bersalah atau Tidak Bersalah serta Mengenakan Hukuman Mengikut Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan

Sign up to view full cases Login